Jasa Dosa Dr Mohammand Mursi terhadap Mesir


Jatuh sudah Morsi. Beliau hanya dapat memerintah tak sampai sepenggal. Jika dengan Mubarak mereka boleh bertahan bertahun - tahun tetapi dengan Dr Mursi, tiada hormat dan belas kasihan.

Adakah Ini DOSA -DOSA MURSI Yang ditolak Rakyat Mesir?

1. Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh mengantarkan Mesir dalam setahun ke arah kemajuan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampai 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.

2. Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.

3. Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak 200% lebih, sementara harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

4. Dosa Mursi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

5. Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.

6. Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.


7. Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasai enaknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.

8. Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kebankrapan.

9. Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur'an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.

10. Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.

11. Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan perlukan bertahun-tahun untuk melakukan itu.

12. Dosa Mursi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang dipandang dunia.

13. Dosa Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.

14. Dosa Mursi adalah kerana dia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.

15. Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.

16. Dosa Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.

17. Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan minions.

18. Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya.

Ciri-ciri lelaki yg diidamkan wanita solehah


Ciri-ciri suami atau lelaki yang diidamkan seluruh wanita solehah:-

1. Hati yg berpaut dgn masjid. (solat 5 waktu jemaah di masjid)
2. Hafal sekurg2nya 50 surah dlm Quran.
3. baca al Quran bertajwid dan tartil.
4. Boleh Berbhs arab dan inggeris.
5. Pandai membawa diri.
6. Mngutamakan Allah dlm sgala hal dan memuliakan ibunya Daripada wanita lain.
7. Menjaga pandangan mata dan hati.
8. Sentiasa ingin mencontohi dan brusaha ikut sunnah Rasulullah saw.
9. Tidak bergurau kasar dan berlebihan.
10. Tidak suka mencarut.
11. Menjaga diri dari godaan wanita.
12. Tidak pernah menyentuh perempuan bukan mahram.
13. Sentiasa beristighfar apabila melakukan dosa.
14. Memanfaatkan masa dlm perkara2 berfaedah sprti membaca buku ilmiyah.
15. Hensem akhlaknya.
16. Fikrah yg mantap.
17. Mempunyai sifat kepimpinan.
18. Serius dalam perjuangan Islam.
19. Amanah dan jujur.
20. Pemurah dan tidak panas baran.

Anwar Ibrahim ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri


PETALING JAYA - Walaupun menganjurkan himpunan membantah keputusan PRU13 di seluruh pelusuk negara, yang dilihat sebagai usaha untuk mengembalikan 'hak yang dirampas', Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ia bukan kerana sebuah kekuasaan.

Anwar bahkan menolak sama sekali untuk diberi sebarang jawatan dalam kerajaan, seperti yang didakwa telah ditawarkan kepadanya bulan lalu.

"Kalau ada pun kita tolak, kita tidak bersedia untuk bekerjasama dengan Umno-BN.

"Saya tidak pandang serius (tawaran), saya sedia berunding dengan sesiapa saja, soal prinsip dan dasar saya akan pertahankan suara rakyat," tegasnya.


Anwar berkata demikian mengulas laporan bahawa beliau telah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri dan empat pemimpin dalam partinya jawatan menteri Kabinet.

Tawaran itu difahamkan datangnya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu Anwar ke Indonesia untuk bertemu Susilo Bambang Yudhoyono pada 14 dan 15 Jun lalu.

Perkara itu dinyatakan oleh seorang penulis pembangkang, Terence Netto dalam tulisannya, yang disiarkan portal Malaysiakini.

Menurut Terence, Najib menunggu untuk bertemu Anwar namun pemimpin utama pembangkang itu enggan berbuat demikian.

Tawaran Najib itu kemudiannya disampaikan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, "saya perlu menghormati semangat kerahsiaan, bila perkara tersebar di media massa, tidak salah saya memberitahunya, namun pertemuan itu tidak berlaku," katanya ketika berucap pada majlis iftar bersama anak muda anjuran Kelab Anwar Ibrahim (AIC), di Damansara, malam tadi.

Anwar ditanya sejauh mana laporan yang menyatakan perkara itu benar-benar berlaku.


Walaupun tidak menafikan perkara itu, Anwar bagaimanapun menyifatkannya  sebagai "khabar angin" dan tidak dikemukakan secara rasmi.

Tambah beliau, kerjasama politik antara PKR, DAP dan Pas akan kekal erat dan pihaknya lebih berminat untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam soal keterbukaan media, pemberian kontrak secara tender terbuka dan telus serta kawalan rasuah dan jenayah secara serius.Dicatat oleh Agen DSAI

SinarHarian 29 Julai 2013



Video Pengasas Ambank Ditembak


Seorang lelaki yang merupakan pengasas AmBank meninggal di tempat kejadian apabila parah ditembak dari jarak dekat manakala isterinya pula cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tung Shin, Kuala Lumpur untuk rawatan.

KUALA LUMPUR – Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata kejadian berlaku pada 2 petang ketika mangsa datang ke tokong itu berjumpa dengan seorang rakannya untuk berbincang mengenai urusan jual beli saham.


Beliau berkata mangsa disahkan mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala isterinya dihantar ke Hospital Tung Shin di sini untuk rawatan.

Sementara itu, seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Lim, 50, berkata suspek didatangi seorang lelaki dari arah belakang sebaik keluar dari tokong itu.

Lee mendakwa suspek dilihat memakai pakaian sukan, bercermin mata serta bertopi. – Bernama


FILEM KL GANGSTER 2 Kini di Pawagam


Selepas berjaya meraih jumlah keuntungan melebihi RM10 juta melalui filem sulung KL Gangster dua tahun lalu, Skop Productions dilihat cuba mengulangi kejayaan itu dengan menghasilkan KL Gangster 2.

Melalui trailer yang dikongsikan oleh Syamsul Yusof di laman YouTube, dapat dilihat filem sekuel ini telah diperhebatkan lagi dengan aksi dan props yang baru.

Rasanya tidak keterlaluan jika kami katakan adegan berlawan di dalam KL Gangster 2 menyerupai filem antarabangsa seperti siri The Fast and Furious dan kebanyakan filem aksi yang lain.


Jika sebelum ini KL Gangster cuma dibarisi oleh Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Adi Putra, Zizan Razak, Soffi Jikan, Adam Corrie dan Ridzuan Hashim, namun KL Gangster 2 menampilkan Rosyam Nor sebagai salah seorang gangster yang digeruni.

Respon yang diterima daripada peminat selepas menonton trailer itu juga cukup memberangsangkan. Malah ada yang sanggup berjanji tidak akan memuat turun filem ini secara haram sebaliknya mahu menonton di pawagam apabila ia ditayangkan nanti.


Kalau anda peminat filem aksi, jangan lupa nantikan kemunculan gangster-gangster Kuala Lumpur ini di pawagam berhampiran anda pada 3 Oktober 2013. Sementara itu, jom tonton trailer KL Gangster 2 di bawah dulu untuk membangkitkan keterujaan anda. Selamat menonton!


Cerita Terkini

Blogroll